THE LONELY NIGHTS ❝ personal · blog ❞   |   about  ·   twitter   ·   tumblr  · follow





Shooting star
Hi and Assalamualaikum. Atiqah A. 9teen. Kuala Lumpur, Malaysia. Easily lost in her own world. A passionate dreamer. An avid star gazer. Believe in making her own fairytales come true. A city girl at heart. Love, respect and kindness are the things she live by. This is the bits and pieces I called my life. ♥

Instagram
@heyitsatiqah

agenda
13/5 Happy Mother's Day!
16/5 Selamat Hari Guru!
25/6 Balik KL!
8/7 My sister's wedding reception! ♡
11/7 Third semester starts today!


the lucky star
family. friends. true love. rilakkuma. anime. manga. sunset on the beach. greek myths. arthurian legend. good books. cuddle up in bed with a good book/movie + coffee. milk tea. food. sushi. dorayaki. japanese characters. shopping. sleep. good grades. movie nights. nostalgia. writing stories. photography. long showers. inspiration. imagination. romantic comedy. food. mom's cooking. cute & kawaii stuff. positivity. honesty. milk + honey. hanging out. late nights. shooting stars. the galaxy. aurora borealis. animals. you.

twitter


mail


Banners

disclaimer
Layout made by tkh. Removing any credit is shunned upon. Please do not rip, steal or copy this layout. All photos tagged mine and/or watermarked with my URL is mine. I will post pictures with proper credit but if you see your pictures without proper credit and/or want me to take it down, please click on the mail icon above.

  Pertemuan Pertama

Masih segar dalam ingatanku waktu mula-mula kita bertemu. Sungguh tidak ku sangka, pertemuan pertama yang terlalu singkat antara kita, berterusan menjadi suatu pengalaman yang indah buatku. Kau hadir tepat pada masanya. Aku pada masa itu sedang merawat luka akibat dikecewakan seorang lelaki. Seorang lelaki yang telah menghina perasaanku dengan begitu sahaja dibelakangku. 


Pada waktu itu, kau dan aku sedang makan di kafeteria di sebuah tempat yang asing. Setelah aku mengambil makanan dan bersedia untuk menjamu selera, mataku terlihat kelibatmu. Kau yang sedang makan dan berbual mesra dengan teman-temanmu tiba-tiba menoleh dan memandang ke arah ku. Mungkin peristiwa tersebut berlaku begitu pantas atau hanyalah bayanganku tetapi pada masa itu, kita berdua berpandangan antara satu sama lain.


Keesokkannya, aku bertemu dengan kau sekali lagi tetapi selepas kita pulang dari pertandingan tu, aku bagaikan baru terbangun dari mimpi. Aku kembali merawat lukaku yang semakin pulih. Tetapi pada suatu hari, aku terlihat kau dan sejak dari saat itu aku mula sukakan dirimu. Pada hari itu, kebetulan seorang rakan bertanya pendapatku untuk memilih antara dua lelaki dan aku cuba membayangkan aku ditempatnya. Aku cuba bayangkan lelaki A ialah M, lelaki yang membuatku terluka dan lelaki B sebagai dirimu. Dan tanpa ragu-ragu, aku memilih lelaki B/kau  dan aku segera mengemukakan alasanku. Tiba-tiba, kau muncul. Kau duduk di hadapan kedai serbaneka berdekatan dengan tempat di mana aku berada. Aku terkejut dan fikiran ku asyik melayang dan memikirkan tentang siapakah gerangan dirimu. 


Dan hari-hari seterusnya menjadi begitu menarik kerana kau ada dalam setiap hari yang meniti diriku. Setiap kali aku berpeluang bercakap, melihat kelibatmu di sekitar kampus, tersenyum ke arahmu, ku rasakan hari-hari tersebut merupakan hari-hari yang terindah buatku. Aku tidak lagi bersedih sejak kau hadir dalam hidupku. Walaupun, ada sahaja insan yang beranggapan aku hanya berhadapan dengan mainan perasaan. Aku mengejar bayang-bayangmu dan aku tidak mungkin akan berjaya untuk mengenalimu, tetapi aku tetap bersabar. Ku anggap semua itu sebagai ujian buat diriku. Malahan, perasaan sukaku terhadapmu semakin menebal hari demi hari. 


Pernah suatu hari, aku bertanya kepada seseorang, 'Bila kita pergi pertandingan tu?' Lalu dia menjawab, 'Bulan 9. Kenapa?' Aku sedikit menunduk dan tersenyum malu, 'Tak ada apa-apa. Masa tulah Iqah mula-mula jumpa Id.' Dia membeliakkan matanya. 'First time jumpa? Maknanya sebelum ni Iqah tak pernah jumpa Id lah?' Aku menggelengkan kepala, 'Iqah suka kat dia dari kitorang mula-mula jumpa sampailah sekarang.' Dia memandangku dan bertanya bagaikan tidak percaya dengan kenyataanku itu, 'Iqah suka dia lagi?' Aku tersenyum penuh makna. Dia membalas senyumanku sebagai tanda dia memahami perasaanku. lalu dia pun berkata kepadaku, 'Dari mata turun ke hati, meresap ke jiwa.' 


Tetapi langit tak selalunya cerah. Pada akhir semesterku yang kedua, aku dikhabarkan dengan berita buruk. Seorang rakanku memberitahu bahawa seorang gadis yang rapat dengan dirimu juga menyukaimu. Dan apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah khabar angin yang mengatakan bahawa kau sudah pun dimiliki gadis tersebut. Setiap kali aku mendengar berita itu, aku hanya tersenyum tawar tetapi dalam hatiku, geloranya sudah setanding dengan gelora ombak dilautan. Hatiku jadi gundah gulana. Tetapi, bagaikan hujan ribut, selepas itu pasti mentari akan hadir menerangi bumi dengan ketenangan dan kecerahannya. Aku akhirnya berjaya mengetahui perkara sebenar dan aku yakin semua itu hanyalah khabar angin sahaja. 


Apabila cuti semester melabuhkan tirai, aku merasa bagaikan aku tidak mahu meninggalkan bumi Perlis. Aku mahu berada di kampus kerana aku mahu dekat denganmu. Tetapi, aku yakin, masa akan menentukan segalanya dan Allah S.W.T senantiasa membantu hambaNya yang memerlukan. Aku juga percaya jika jodoh kau dan aku telah ditentukan Allah, nescaya tiada apa yang dapat memisahkan kita, insyaAllah. Aku juga tidak putus-putus berharap agar dipanjangkan umur supaya dapat ku titipkan surat perkenalan buatmu semasa majlis konvokesyen kita nanti. Aku juga tidak jemu untuk berdoa supaya diriku dipelihara daripada hasutan syaitan untuk melalaikan aku dengan perasaan ini. Sesungguhnya, hanya kepada Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, daku berserah dan bertawakal. Amin Ya Rabbal Alammin..
  When I'm At Home
Hi and Assalamualaikum! 

Kebelakangan ni, aku tiba-tiba rajin pulak update blog kesayangan aku ni. Hahahh seriously, aku dah mula consider this blog as my little baby. Di sinilah aku boleh bercerita tentang kisah kehidupanku sehari-harian tanpa perlu aku risau atau memikirkan pandangan orang lain tentangku. Just me and my thoughts, fikirku. 

Pejam celik, pejam celik, bulan Mei sudah pun sampai ke pertengahan bulan dan tak lama lagi bulan Jun pula bakal menjelma. Masa berlalu begitu pantas sekali. Sampaikan aku terasa bagaikan bunga dandelion yang ditiup angin. dan angin itu pun terus membawa diriku jauh dari realiti. Saja nak bermelodramatik. :B Semalam 13/5 merupakan hari ibu dan aku cuma mampu ucapkan Selamat Hari Ibu melalui facebook sebab phone dah kekeringan kredit. :c Tapi, alhamdulillah aku dah berikan mak hadiah hari ibu dan dia pun dah rasa air tanganku yang pertama. Rasa gembira sangat sebab air tangan aku yang pertama menjadi dan merupakan hadiah Hari Ibu untuk ibu tersayang. Nasib baik jugaklah, aku dapat ilham nak buat kek tu sebelum balik ke Perlis. Kalau tak, memang tak sempatlah jawabnya.

Esok 14/1 pulak merupakan hari pertama untuk aku menempuh short semester. Aku terpaksa balik ke Perlis sementara kawan-kawanku yang lain sedang menikmati cuti semester mereka, Tapi, aku terima semuanya dengan redha. Walaupun aku agak terkilan sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan di KL tapi tak apalah. Lepas 25/6 aku akan balik jugak ke Kuala Lumpur dan bersiap sedia untuk bantu keluarga aku. Tolong keluarga aku untuk persiapan terakhir perkahwinan kakakku yang sulung, yang aku panggil, Kak Ira. InsyaAllah kalau tak ada aral yang melintang, akak bakal diijabkabulkan dengan tunangnya, Abang Khairul pada 7/7 dan resepsi bagi pihak perempuan pulak pada 8/7. Fun fact: Aku dan Abang Khairul share the same birthday, 25/3. :)

That's all for the time being, akan ku update lagi pada masa akan datang. :)

Kbye and Assalamualikum!
Atiqah
  Pembuka Bicara
Hi and Assalamualaikum!

Dah lama rasanya tak ber-blog. Rasa rindu pulak jari jemari ni nak menari-nari di atas keyboard dan meluahkan segala isi di hati. Tak kiralah yang pahit atau yang manis kerana semua yang dicoretkan dalam diari online ni merupakan peringatan dan pengajaran untuk aku bangkit lebih kuat menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Kerana aku manusia biasa yang tak bisa lari dari ruang kesilapan. 

Makin dekat ke bulan 7, makin sibuk pulak aku. Bukan sahaja dengan urusan akademik bahkan juga dengan urusan peribadi. Kakak aku yang sulung akan berkahwin tak lama lagi, jadi banya persiapan yang perlu dibuat. Kad jemputan perlu dihantar, goodie bags yang mesti dilekat dengan cellotape supaya tidak mudah terkoyak, berurusan dengan katerer yang akan menghidangkan lauk-pauk dan bermacam-macam lagi, sampai aku tak menang tangan dibuatnya. 

Tapi dalam kesibukan tu, aku masih lagi sempat untuk menghadiahkan mak kek Hari Ibu. Tapi, disebabkan Hari Ibu hanya akan disambutkan pada 13/5, kek tu terus bertukar menjadi kek 'Atiqah homecoming's cake' yang dibuat empunya diri. Hahahh tapi kek tu tak adalah se-gah yang digmabarkan. Cuma kek ais krim Oreo dengan Chipsmore. Tapi apa pun, aku tetap berpuas hati dengan kek yang dah aku buat sebab tu kek hasil daripada air tangan aku yang pertama. Next stop, rainbow cake with icing, insyaAllah! Memang tak boleh dinafikan, pastri dan aku memang tak boleh dipisahkan. Apatah lagi dengan kemudahan yang ada dihujung jari, apabila ada kelapangan masa, aku akan mencari resepi-resepi ringkas yang boleh aku cuba di rumah. 

Sampai disini sahaja. To be continued...
Kbye and Assalamualaikum!
Atiqah




<< D R E A M O N



© Layout made by tkh/mk. Removing any credit is shunned upon.